MOSAT NETWORK

Thursday 7 July 2011

Kenapa Perlu simpan EMAS??

Kenapa perlu beli atau simpan emas?…Kalau persoalan itu bermain di minda anda, silalah baca info tentang nilai emas yang sebenar berikut.
MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Fakta ke-2, harga emas sentiasa meningkat! memang benar jika dilihat dalam jangkamasa yang panjang. Cuba lihat rekod harga emas untuk tempoh 10 tahun dahulu:
                                             (sumber: kitco.com)
Fakta ke-3, nilai wang kertas pula akan mengalami kejatuhan dalam jangkamasa yang panjang. Mari kita lihat rekod nilai matawang USD:


(sumber: ebook jutawanemas.com)


Tapi ada kes yang menyedihkan lagi, iaitu apabila nilai inflasi meningkat dari tahun ke tahun sehinggakan ada negara yang telah bankrapsi. Cuba lihat apa dah jadi dengan matawang Zimbabwe:

Bukannya untuk menidakkan peranan wang kertas (fiat money) dalam urusan seharian, tetapi sekadar untuk kita berfikir kenapa perlu menyimpan emas fizikal berbanding wang kertas. Satu lagi fakta yang perlu kita sedar bahawa wang kertas adalah liabiliti kepada sesebuah negara bukannya aset! sila rujuk laman BNM.

                                              

Sebab itulah dalam sejarah Islam, emas telah diiktiraf dan digunakan pakai sebagai median of exchange kerana ianya lebih stabil dan kukuh serta tahan inflasi. Sebagai rujukan, zaman Rasulullah 1 dinar emas bersamaan nilai seekor kambing, sekarang pun 1 dinar masih bersamaan seekor kambing. Hebat bukan, lebih 1400 tahun tapi masih kukuh nilainya.
Juga terdapat saranan hadits umat Islam menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) iaitu:Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

No comments:

Post a Comment