Pada tahun 2007, seorang warga Perancis, Alexis Lemaire berjaya mencipta rekod dunia apabila berjaya menyelesaikan masalah matematik berkaitan punca 13 untuk sebarang nombor 200 digit dengan hanya mengambil masa 72.4 saat.
Beliau mengira dengan betul untuk satu jawapan dari 2,407,899,893,032,210 daripada kemungkinan 393 trilion jawapan di Muzium Sains London.
Lemaire menggunakan sebuah pakej komputer yang secara rawak menghasilkan satu nombor 200 digit.
Selepas nombor itu muncul, dia mula mengira punca kuasa 13 bagi nombor berkenaan.
Sejurusnya berjaya memperoleh jawapan, dia menaip jawapan itu ke komputer yang kemudiannya memberitahunya ia adalah betul.
Pemuda berusia 31 tahun itu berjaya mengenal pasti dua kuadrilion, 397 trilion, 207 bilion, 667 juta, 966 ribu dan 701 sebagai jawapan kepada punca kuasa 13.
Kuadrilion adalah jumlah selepas trilion iaitu nombor yang mempunyai 15 angka kosong. Jawapan tersebut adalah nombor yang diganda sebanyak 13 kali seterusnya menghasilkan oleh nombor 200 digit seperti yang dipaparkan oleh komputer.
Keupayaan luar biasa tersebut sekali gus menjadikannya sebagai manusia kalkulator terpantas di dunia
P/S :-
Kalau berita nie xkeluar surat khabar mesti rasa macam tipu jerrr...Cuba kita lihat kehebatan akal manusia..Bagaimana dia melatih pemikiran die?
so memang kita nie makhluk yang sangat hebat..Tetapi sayang kerana kajian menunjukkan manusia menggunakan kurang 10% mindanya untuk berfikir..
Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
memang akal adalah satu anugerah Tuhan yang sangat hebat kerana akal manusia lah dunia sekarang bertambah maju dan canggih
ReplyDeleteTula tapi ramai org sekarang malas nak guna akal..Guna nafsu lebih dari akal..
ReplyDelete